Wednesday 29 June 2011

nak mimpi yang indah lagi!

Assalamualaikum..

yee..malam aku yang sangat-sangat bosan..
melayan lagu yang agak enak di dengar..
tuh je pon, sahabat setia aku tyme kebosanan tahap cipan, cipun semua laa..

so, decide untuk tido..
sebelum tido, perkare biase aku buat..
tengok fon..haha..wajib!
tengok mesej yang buatkan aku tersenyum..
bile dah senyum, baru la nyenyak aku tido..
mimpi yang masyuukk nye aku dapat..hehehe..

harap-harap KAU datang lagi dalam mimpi aku..
tak dapat tengok yang real..
muncul dalam mimpi pon boleh..haha..

so, wahai cik berry ku sayang..
macam biase, aku perlukan kau lagi..
temankan aku tido yee...
nak pelok kau ketat-ketat..
aku sayang kau sangat..
tak boleh aku tinggal kau sorang-sorang..
jangan risau ye, kau akan sentiase bersame aku..:)
tak nak abai kau dah!! aku janji!! 

ohh yee, berry tuh name manje untuk satu-satunya bear besar punyyerr yang aku ade..
pemberian dari orang tersayang..:)
 

nafkah seorang isteri

Assalamualaikum..
tetibe aku tergerak hati aku nak google pasal nafkah isteri..hehhe..kat blog kawan aku dulu, die cite pasal poligami..kompom la blog laky kan..perempuan yang mane boleh senyum bile cakap pasal poligami weyh! hahha..masing-masing muke tak puas hati..kalau laky, jangan cakap ar..kalau boleh senyum nak senyum sampai ke telinge!:DD
yang buatkan aku terase nak google pasal nafkah nih..sebab, timbul satu persoalan dalam kepale hotak aku..kalau suami yang berkahwin dengan perempuan yang bekerja..perlu ke sediakan nafkah untuk si isteri?maksud aku kat sini, belanje (peribadi) untuk si isteri..yang ni ape yang aku bace..

Keputusan Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut :

1. Pemisahan tanggungan harta di antara suami isteri
Isteri mempunyai kelayakan sepenuhnya dan hak harta yang tersendiri. Menurut hukum Shariah, isteri mempunyai hak penuh terhadap (harta) yang diusahakan, samada untuk menggunakannya, memiliki sesuatu, membelanjakannya sementara suami tidak punyai sebarang berkuasa ke atas harta isterinya itu. Isteri juga tidak perlu mendapat izin suami dalam pemilikan hartanya itu dan cara belanjakannya.

2. Nafkah perkahwinan
Seorang isteri berhak menerima nafkah yang telah ditetapkan mengikut kemampuan suami bersesuaian dengan uruf yang benar juga kebiasaan masyarakat setempat yang diterima syara'. Kewajipan memberi nafkah ini tidak gugur kecuali jika berlaku nusyuz (di pihak isteri).

3. Isteri keluar bekerja
Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara' dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.
Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagi mana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri 'nusyuz', tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.


4. Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga
Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain) Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara' demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan merkea termasuk pendapatan
yang dperolehi oleh isteri

5. Kerja Sebagai Syarat
Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
Tidak harus, pada pandangan syara' bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

6. Perkongsian isteri dalam pemilikan harta
Apabila isteri benar-benar turut menyumbang harta dan pendapatannya bagi mendapatkan dan memilki rumah, aset tetap atau sebarang projek perniagaan, ketika itu isteri mempunyai hak perkongsian pemilikan terhadap rumah atau projek tersebut mengikut kadar harta yang disumbangkannya.

7. Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan
Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberpaa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Shariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina adalah landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara'.

Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanya bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi. Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan. 

begitu lah kisahnya..uhuhu..so, tangungjawab tetap tanggungjawab..jujur la aku cakap, dari dulu lagi aku tak pandang harta..*ade kaitan ke dengan entry nih? bedal je ar..huhu..bagi aku, aku dah dapat suami yang dapat bahagiekan aku..ade perlindungan yang selesa..kasih sayang cukup...tuh lah harta yang paling agung bagi aku...pasal isteri tidak diwajibkan bekerja tuh, terpikir pulak..patut aku kerja?jadi masalah jugak if tanggungjawab aku terabai..:( aku nak jadi ummi yang the best untuk anak-anak aku n isteri yang terbaik untuk laky aku..kalau kerja, makan minum laky aku cm ne?anak aku camne? so, tak nak ar keje! hahah..*senang je ko decide..heehhee...nanti la aku pikirkan dulu..

Tuesday 28 June 2011

tafsiran mimpi ular

Assalamualaikum..

bile tahap kebosanan aku tahap dewa..aku tengok-tengok laa fb member-member aku..then, aku ade terbace laa kat wall sorang minah nih..pasal mimpi ular..so, aku  macam tertarik laa dengan tajuk die tuh..aku pon click laa..sebab aku banyak sangat dengar citer pasal mimpi ular nih..mak aku selalu cakap, mimpi ular nih ade orang nak datang minang! wah!! hahah..kalau ade pon, nak mintak pospone dulu ley tak?hahah..aku dah ready, datang balik erkk..haha..

sebenarnye, aku sendiri ade pengalaman mimpi macam nih..huhu..tapi, aku let go jelaa..anggap mainan tido je..tak de lak pulak sampai nak google..huhu..yang ni ape yang aku bace la..nak percaye sangat pon tak ley gak..tapi nak share jela..

Tafsiran mimpi mengenai ular :
-Jika
bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.
-Jika bermimpi melihat ular
yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.
-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.
-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.
-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat. 


Ada beberapa kemungkinan..

-Mengikut tafsiran lain, bila anda telah bernikah dan bermimpi akan ular, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.
-Dan sekiranya bermimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.(mungkin ada orang yang memusuhi isteri anda)
-Yang terakhir,ada yang menyatakan itu petanda bahawa ada seseorang meminati isteri anda.
*Tapi jangan terlalu mempercayai sangat tentang tafsiran mainan tidur ini.Allah lagi Maha Mengetahui..

lepas aku bace taksiran nih, memberi aku satu senyuman yang agak lebar laa..hahha..kiranye, mimpi ular tuh memang ade kaitan dengan pasangan hidop..:)
cakap pasal pasangan hidop nih, semua orang nak kan yang terbaik..kalau yang si perempuan lak, nak kan laki yang hensem2..*aku tak, aku pandang pada hati..hehh...yang si lelaki lak, pandang yang cantik2..pandai masak..huhh..

aku, sebagai wanita yang sejati, nak kan future husband yang boleh pimpin aku...aku hanye mampu berdoa..ALLAH lagi mengetahui yang terbaik untuk aku...so, pada bakal suami aku..bekalkan lah ilmu agame mu di dada...:) 


Sunday 26 June 2011

konfius...

Assalamualaikum..

sudah menjelma ke belom nih??
adoiiii...papehal..
bagi la tahu..
saye dah boleh tengok wall fb kamu..
saye konfiusss .....:(
dah ar rindu tahap dewanye..huhuhh..


Friday 24 June 2011

terciptanya kebahagiaan


Assalamualaikum..
Bercinta bukanlah mudah..untuk menyintai juga bukanlah mudah...tetapi, untuk bertemu dengan cinta yang sejati bukanlah semudah itu..cinta itu bahagia dan nikmatnya dapat dirasa seolah-oleh segala-galanya milik kita..ada pasangan yang bercinta sehingga ke jinjang pelamin..alhamdulillah..itulah yang dimanakan takdir..ada juga yang hanya dipertengahan jalan..
Semestinya setiap pasangan yang sedang menyulam cinta..pastinya inginkan hubungan itu berakhir dengan perkahwinan..kadang-kadang cinta itu, menguji kita sejauh mana kekuatan yang kita ada untuk melalui segala dugaan dalam mencari ertinya bahagia..
 
Muhasabahlah wahai insan, bahawa kehidupan ini bukanlah hanya untuk bercinta, berkasih sayang dan berbahagia bersama seseorang yang kita ingin atau mahu..percayalah pada takdir, kerana takdir itu telah menentukan segala-galanya..oleh itu, tidak perlu memberi harapan yang tinggi kepada orang yang kita dambakan saat ini menjadi milik kita yang berkekalan..
Namun sudah semestinya ada juga kelukaan yang harus kita selami saat mengecapi saat bahagia..ade yang dikecewakan dan ade juga mengecewakan..kecewa merupakan perasaan yang dianugerahkan olehNya untuk insan yang lemah seperti kita..menunjukkan kita bukanlah insan yang sempurna..

Tiada cinta yang dapat kekal abadi selain cinta kepadaNya...rasa cinta yang pernah bertahta dihati ini hanyalah sementara..aku memohon semoga perasaan saling menyintai antara aku dan dia dipermudahkan ke jalan yang diredhai hingga bertemunya di syurga..

Wahai hati-hati yang pernah disakiti atau dikecewakan..jangan dengan linangan airmata menjadi teman yang setia..dan juga kelemahan yang terus-menerus menguasai diri..carilah kekuatan itu dengan semangat yang baru..ditambahkan lagi dengan segengam kesabaran dalam mencari erti bahagia yang sebenar..bersabarlah dengan ujian yang sekecil ini...tadahlah tanganmu memohon agar dipertemukan seorang insan yang dapat memimpin kita ke jalanNya..agar diri kita tergolong diantara orang yang sangat bertuah dimuka bumi ini..insyaALLAH..
 *edited by me

bestnye!

Assalamualaikum..

aku baru je balik pas jalan-jalan ni..hehe..
yang bestnye, aku bawak mak aku..huhu..
permanduan aku hari ni lebih oke laa dari hari itu..
mule-mule, kene tempuh bukit..
jantung punye la laju..cuak gile!! haha..
bile kat bukit nih, level confident aku tuh sangat-sangat laa rendah.. :(
tapi, alhamdulillah..tak sangka..lancar jee..huhu..*bukan nak bangge yee..
biase laa baru dapat lesen nih..hehe..
then, kene tempuh roundboard lak..
yang ni lagi aku lemah..tak reti la nak tengok jarak kete tuh..huhu..
pon lancar gak tadi..huhu..
agaknye aku kene rase takot dulu kot, baru die lancar..hahha..
mak cakap, aku dah mule bawak laju-laju..haha..
bile aku bawak kete tuh, rase sonoknye tak terkate laa..haha..
 
btw, pas jalan-jalan kat ipoh tuh..aku ajak mak aku pegi chemor lak..haha..
sebenarnye, tak ade tujuan pon nak pegi sane...saje je..
sebab aku tak puas bawak kete! haha..

dah ade kat chemor tuh, aku teringat lak rumah kawan aku sorang tuh..huhu..
so, aku pegi la umah die..tapi, yang sadisnye aku lalu jee...
aku tau, die tak bersedia lagi nak jumpe..tak ape..
take ur tyme..bile dah ready nak jumpe nanti kite pegi jalan-jalan yee..
saye bawak kamu! hehhe..

p/s: kepada kawan aku tuh, saye tak sabau  nak bawak kamu laa..cepat-cepat laa kamu menjelmakan diri yee??hehhe..


bila hati berbicara

Assalamualaikum..

kadang-kadang kite tak sedar..
ade orang lebih menyayangi kite..

kadang-kadang kite tak sedar..
orang yang kite sayang itulah suke menyakiti kite..

kadang-kadang kite tak sedar..
orang yang sayang kite itulah dapat membahagiakan kite..
tapi, kite sendiri tak hargai..
 
p/s: sayangilah orang yang menyayangi kite nescaye, kebahagiaan itu sentiase menanti kite..:)


Thursday 23 June 2011

sekian lamanye...

Assamualaikum..

firstly, sory la ye..aku mungkir janji..huhu..sebab??
refer dengan entry aku sebelum ni..aku nak cite pasal test aku tuh...huhuhu...
segan la nak bagi tahu..huhu..
btw...
aku LULUS
cis, dengan bangge nye die bagi tahu..haha..
 
alhamdulillah..sekarang aku dah ade lesen kete..huhu..
pasni, leh la nak gerak mane-mane aku suke..
tapi, tak semestinye jugak...
mak aku tuh..bukan bagi sangat pon...haha..
tak pe, janji dah ade lesen..mane nak tau...
aku dapat universiti mane-mane nanti..
leh aku sewa kete..g shopping! hahah..
okeyh..dah ade niat gitu...heheh..
 
semalam, lepas je lesen aku siap..
aku terus bawak parents aku pegi tabung haji..
walaweyh!! lesen maseh fresh lagi 2..haha..agak bangge sikit..
even mase aku bawak tuh, maseh ade banyak lagi yang aku lemah..haha..
especially, nak parking...huhu..
susah la nak agak-agak jarak..pastu nak control stering...menci3!!
tapi, xpe..ade mase lagi nak tingkatkan prestasi!! haha...
biase la, budak baru nak berjinak2 dengan steringkan..huhu..
 
p/s: yang penting aku nak bawak kawan special aku..just tunggu mase nak buat kejutan untuk die!!huhu..
 

Sunday 19 June 2011

esok!!

assalamualaikum..

esok?? kenape dengan esok?? meh sini..nak story sikit...kalau nak tau, abeskan bace entry ni..
kalau tak nak tau, tak perlu bace! senang! hehehe..

sebenarnye, esok aku ade test JPJ..hahha..aku amek lesen kerete..! hehe..aku tak sabar nak amek nih..
poyo je..harap sangat amek sekali nih je..tak mau repeat..macam menyusahkan je..doakan untuk
aku esok ye! boleh buat dengan jayanye! tak tau la perasaan aku lepas test esok..kalau lulus..bak kate kakak
aku, kalau tak lulus..ko tak yah balik rumah..duduk je kat LSA 2..buat test sampai lulus..hhaha..bengong..
insyallah, aku cuba buat yang terbaik! hopefully, everything is okey..!  hehehe..dah dapat lesen nanti, belom tentu aku boleh gerak mane-mane...hurrmmppphh... :( tak pe2, yang penting ada lesen! :) hehehe..


oh ye, cakap pasal arini...hari ini hari bapa..family aku tak la sambut..sebab hari-hari, hari bapa! hehehe..
so, aku just nak ucapkan selamat hari bapa kepada semua yang bergelar bapa.. :) 

sampai sini jela nak share, esok aku cerite macam mane test aku ekk...doakan aku ye! :))

Saturday 18 June 2011

yeah..!!

ni la signature aku...huhu..sonok3!! berjaye gak buat!! yeah!!

Monday 13 June 2011

alhamdulillah...

assalamualikum..

firstly, aku rase syukur sangat2..
hari-hari aku yang mendatang ni buat aku rase sangat tenang..
thanks God.. :'(
hanya padaNya yang dapat mengubah segalanya..
memang betol orang cakap,
"once you open your heart to in love,
you open your heart to hurt too.!!"
setuju sangat beb! huhu..
ayat yang aku suke lak..
"experiences are good teacher.."
aku percaya pada takdir..
if dia jodoh aku..
pasti n sangat pasti kami akan ditemukan jugak..
if bukan, mungkin Tuhan takdirkan aku dengan someone yang terbaik..
just think positive..!

p/s: biarlah kita lalui pahit itu, disaat ini..yakin lah ada kebahagiaan dipenghujungnya...
so, just be patient..its just take time..!!