Friday 24 February 2012

monyet menyerang!

Assalamualaikum. kembali lagi untuk kisah aku seterusnya. hehehe. errmm.. untuk sem kedua nih, alhamdulillah. semakin oke. just 2, 3 hari permulaan sem baru nih agak kelam kabut sikit. biasa la, masalah jadual semua. dalam sistem lain, then bile mintak timetable dekat fakulti lain pulak masanya. haihh. macam-macam. apa-apa pon, kosmate aku semakin kecoh weyh! sonok aku dengan dieorang. dulu, semua macam malu-malu. sekarang, dah macam satu family besar lak. suke-suke! hehe.. btw, aku selalu dibuli... sebab aku je macam budak-budak lagi bile nak banding dengan dieorang.. hahhaaha.. *perasan muda :D pape pon, aku happy sangat!

so, berbalik dengan tajuk aku tuh. Actually, hari kedua untuk sem kedua nih, monyet serang bilik aku lagi! hehe.. dulu, time first sem exam week monyet curi roti aku. geram gilak! baru berangan-angan aku nak breakfast roti before pegi exam. dan-dan petang tuh jugak monyet kebas dulu. hukhukhuk.. tapi, lain lak untuk sem nih, sebab die just geledah je bilik aku, yang tak tahannye, meja study aku je yang dier keje kan. meja roomate aku, sikit pon die tak usik. haihh. ape salah aku? tapi, sian jugak kat monyet tuh, die just nak cari makan je.. meja aku memang clear dari makanan. kalau dalam loker, jangan tanye laa... hahahha. padan muke kau monyet! :D kat bawah nih gambar selepas monyet masuk..
tarraaa...!! hehehe..


actually, semua barang tuh dalam box biru, and box tuh, jatuh dari rak atas meja nih. Alhamdulillah la, monyet tuh tak koyak ketas-ketas aku. especially, Quran kat tepi tuh. kalau tak, menangis la aku. hahhaha..

so, untuk 3 minggu awal nih, ada 2 program aku berpeluang untuk join. minggu depan, program untuk malam anugerah seni. aku bawah ajk multimedia. sekarang dalam proses nak siapkan. hopefully, dapat hasilkan yang terbaik untuk persembahan multimedia yang terbaik nanti! hehe.. doakan ek. then, lepas program nih selesai. next weeknye, ada MITRAD (minggu ICT & keterampilan diri) under UPSM (unit pembangunan sumber manusia). untuk program nih pulak, aku jadi urusetia post program. and, buat masa nih, program nih la yang terbesar aku berpeluang nak rasa. huhuhuhu. so, aku harap dapat la bagi komitmen yang sebaiknye untuk program selama 4 hari nih.. insyallah.. :) oh ye, esok nak pegi water wonderland melaka..!! huhu.. hope, semua selamat.. aminn..! so, nanti aku update lagi blog nih oke! :)

Sunday 19 February 2012

selamat bertemu semula

Assalamualaikum. hai korang. dah lama sangat aku tak update blog nih kan. huhu. disebabkan kemalasan aku untuk menaip yang memang tahap dewa tuh, so, memang bersawang la blog nih. hhuhu. btw, aku baru habes cuti sem. macam mana cuti korang? best? aku, boleh laaa... hee.. :D

cuti kali nih, agak best jugak. for the first time family aku plan pegi holiday. cuti hari tuh pegi langkawi. plan next year, maybe ke melaka pulak. howyeah..! hehe.. harap-harap la jadi. aku nih memang kaki berjalan poonnnn.. :D kalau boleh, aku nak pegi sampai ke sabah sawarak nun. tapi, kat semananjung nih pon tak abes pusing lagi. huuhu. cuti nih, sumpah banyak kali jugak la aku jenjalan. so, duit pon semakin berkurang. tapi, tak ape. janji aku puas! hehe. thanks la dekat member aku yang lepak sesame time cuti tuh. :) sangat hargai lah..! hehe. lain pulak kalau aku stay kat uni nih. memang sangat double triple jarang aku keluar. Alhamdulillah la member aku kat sini, bukan kaki lepak. sebab tuh bile aku kat uni nih, aku baik cikit. hahaha. *perasan :D kalau aku keluar pon, just nak beli barang-barang penting je. and kalau ngidam nak makan sedap-sedap sikit. huhu. nak tahu sebab ape aku malas nak keluar sangat? sebab aku tak suke naik komuter tuh. dah la makin ramai orang. so, makin sendat komuter tuh. dah macam sardin! lagi-lagi kalau nak g mid, jauh! nak bertahan dengan orang yang sangat sesak dalam tuh. memang aku tak la kannnn.. hehe. pernah sekali, hari tuh sampai aku muntah dalam komuter tuh sebab ramai gilak orang. plus, sangat panas dalam tuh. Alhamdulillah ada sorang mak cik tuh tolong aku. dia bagi minyak sapu. even, ubat tuh dah habis sebenarnya, tapi mak cik tuh pakse jugak minyak yang ada sikit-sikit tuh keluar. hehe. thanks mak cik! :D

sooo.... esok bermula sem 2! hehe. aku semangat sikit kali nih. huhu. tapi, bagus la kan. jangan semangat nih kejap je sudah la. tapi, biasenya macam tuh lah! hahahhaa...! :D kalau korang bace, doakan aku kat sini baik-baik je ek. hehe.. :) semoga sem kali nih lebih baik dari yang lepas. aminn..!

oh ye, pasal result hari tuh. aku, Alhamdulillah la.. :) so, yang mane kurang memuaskan tuh. korang buat terbaik lagi okeyyhh... tak ada siapa yang mampu ubah nasib kita sekarang melainkan diri kita sendiri kan? hehe. *cewah! :D peringatan jugak untuk diri aku sendiri.. so, chaiyok3! hehe. good luck ye, kawan-kawan yang lain.. semoga dapat tempuh segala-segalanya dengan tenanggg.. insyallah.. amin..!

Tuesday 1 November 2011

hanya janji ALLAH itu pasti

Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau 

dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Wednesday 28 September 2011

just to say..

Assalamualaikum. hai korang ! agak lame aku tak update blog nih ye. huhu. bukan ape. cume, busy sikit. #konon. hehe.. last week, aku join khidmat masyarakat kat Kajang under kolej aku. saje suka-suki. hehe.


Oh ye, dah lebih kurang 3 minggu aku kat sini. aku bahagie je kot kat sini. hehe. member aku pon, oke saje. huhu. tapi, ade sorang member aku yang unik jugak la kot. ya Allah, sumpah kalau die jalan dengan aku or duduk sebelah dalam kelas, macam2 taktik aku nak lari dari die. haha. sebabnya, aku tak suke sembang ngn die. meleret2 la die cakap. haha. seyesly, sangat2 tak suke. :( so, sory la ye.. kalau kau ade terperasan aku buat macam tuh. mintak maap! :D

hari nih, pesta konvo dah pon selesai. semalam aku pegi, tak mende yang menarik pon. haha. aku tak paham asal member aku ade yang pegi sampai 3,4 kali. maybe, sebab ade artis je kot. semalam, sofaz buat konsert kat sini! haha. dah la jauh dari kolej aku. so, tahap malas aku tuh memang tahap dewa punye lah nak pegi pesta tuh! hehhe.

pasal study aku lak, hmm.. oke jugak kot. baru nak bermanje2 dengan programming. mule2, nih agak best la. sebab belajar bende yang baru kan.. hahah.. daann.. assignment aku pon dah ade yang kene setel minggu nih jugak. hadoi, sabau2.. aku tension sikit. dah la dengan masalah lain lagi. tapi, prob tuh. aku tolak tepi dulu la. study aku lagi penting ! #semangat.

secare rasminye, cewah ! aku dah jadi sakretriat under jaksa ICT.. abg azri ! 2 hari lepas discuss untuk program kiteorang nanti. insyallah, aku dan seangkatan sakretriat under jaksa ICT handle megaprogram. yang libatkan satu uni aku. besar kot ! huhu. antare programnya, PC fair, fotografi, robot talent, games tuh semua dalam perancangan saje. kalau jadi, kiteorang bergabung dengan jaksa ICT KUO. around 16 orang saje sakretriat under jaksa nih. huhu. harap2, program tuh jadi jugak nanti. amin ! :)



Saturday 17 September 2011

nothing

Assalamualaikum. huhh. lame jugak aku tak update blog nih ye. huhu. so, macam mane life aku kat uni? buat mase nihh, everything oke saje. tapi, aku maseh jeles dengan kolej-kolej lain. zaba, kkm. itu antare kolej yang baru aku explore. perrghh.. memang 5 bintang lah. haha. besar lak tuh. korang cakap je nak ape. semua ade. kalau la kolej kkm dekat dengan kolej aku. memang tiap2 hari aku makan kat sane. huhu. kiteorang pggil zaba tuh, kolej swasta sebab makanan die agak mahal laa. huhu.

pasal roomate baru aku. oke laa. setakat yang aku kenal die nih. orang batu pahat, Johor. first tyme aku jumpe die, bende pertama yang aku tengok. die macam ganas2 gituu.. hehe. tapi, kadang2 tuh nampak la jugak die mcam control2 ganas die tuh. haha. btw, aku lagi suke kot perempuan macam tuh. bagi aku, kebanyakan perempuan tuh, jenis selambe sikit. tapi, kalau ganas nye terlebih dah sampai tahap mulut tuh macam longkang. memang aku tolak tepi la. hehe..

buat mase nih, kelas aku oke je. tapi, just 2 hari je kelas aku sampai 6 petang. yang lain just ade 2,3 kelas je untuk sehari. memang best cikit la. huhu. setakat nih baru nak manje2 dengan programming. huh. agak susah. tapi, tak ape, baru lagi kot. baru explore cikit je. huhu. btw, aku maseh tak dapat rase lagi life kat uni. aku rase maseh kat matrik lagi laaa.. :(

oh ye, hari tuh. aku naik komuter sorang2 weyh! sumpah aku cuak giler. kalau kat ipoh tak ape la lagi. ni Kl. giler ape? orang kampung masuk bandar kan. memang cuak habis la. haha. first tyme aku naik komuter dengan dia la! hee. #tetibe. tapi, aku agak tak selesa la dok dalam komuter tuh. sebelah aku laky, depan aku lak. couple. ya allah, sumpah annoying giler couple nih. hehe. dah sampai kl sentral tuh aku sesat weyh. haha. tak jumpe jalan keluar. haha. penat kot pusing2 situ. dah la besar. kelam kabut giler ann?haha. tak ape la, bile lagi aku nak tahu kalau tak belajar. ye dak?? huhu.

itu jela cite the latest aku kat ukm. huhu. lepas nih tak tahu la macam nye pulak. huhu. btw, doakan aku selamat disini ye. moga2 diberi iman yang kuat. AMIN !

Monday 5 September 2011

First step

Assalamualaikum..

esok aku dah gerak pegi KL.. stay umah abang aku kat selayang sehari.. then, hari rabu aku daftar.. huuhh..macam biase.. bile tengok barang2 aku yg dah siap packing tuhh.. tetibe rase sebak lakk.. aku rase, aku ade kat umah ni or tak ade.. dieorang tak terase pon~~ huhh.. aku je yang lebih2 ann?? hehehe

harini sahari suntuk aku shopping ngn ida. member baik aku..kalau nak tau pasal aku, tanye je die ! hahha.. alhamdulillah, dari pagi kteorang kua sampai petang baru balik.. semua bende dah setel ! hehe.. pape pon, aku harap semua urusan aku dipermudahkan lepass nih.. amin !

sebenarnye, before aku tules blog nihh.. ade something yang aku terbace.. aku dah penat prob yang same..
aku tak mampu nak ubah pape dah.. ape yang penting, soal diri aku..cam ne nak jadi terbaik untuk orang yang aku sayang.. kalau diri sendiri pon tak terurus lagi kan.. nak kan something tuh semuanye mule ngn diri sendiri.. aku tak kan berhenti doakan untuk kita.. insyallah~~

pendek kan cite.. lepas nih, aku makin jarang update blog kot.. itu pon, kalau wifi kat ukm tuh baik punyeerr.. memang selalu kot aku on9.. huhu.. okay la, itu sajee.. :DD


Friday 2 September 2011

The last

Assalamualaikum.. okay, tetibe macam excited lak nak merapu2 kat blog nihh.. hee..! btw, tadi aku shopping lagik ! hahha.. dapat la kutip sepasang blous tadi.. sangat bez rasenyer! hehe..

oh ye, next week aku dah kene gerak pegi bangi.. huhh.. sedeh lak..tapi, hmmm... ntah laa.. semakin dekat, macam2 lak aku pikir.. actually, takot aku tak boleh jage diri kat sane tuhh.. haiihh..! risau tersalah pilih kawan je.. hanyut la nanti.. aku doakan semuanye baik2 ! dan, aku mengharap sesuatu sebenarnye, biler aku dah cukup 3 tahun kat sane.. insyaallah, moge2 DIA bagi aku kekuatan and hidayah.. amin3 !

semalam, last aku dengan dia jumpe.. sadis lak biler teringat tyme kiteorang jumpe semalam..*nak nangis jap  baru rase nak nangis?? rugi jelaa ! hee.. sumpah, semalam lepas je die hantar aku balik rumah, rase macam tenang sangat.. tak tahu kenape.. mungkin aku boleh terime keputusan nihh.. alhamdulillah.. :)

and aku akan ingat 1 Sept 2011 nihh sampai biler2 ! hehe.. kenape kiteorang buat keputusan untuk tak jumpe lagi, bia la antare kami saje.. :)

special untuk dia,
thanks for everythings..
mekaseh, nasihat macam2 semalam..
dekat sane, jage diri baik2 k..
kurangkan mase nak bersosial okeh..
yang penting, jangan tinggal solat.. :)
lepas nih, belajar serius2 okeh.. 
*teringat lak muke die tyme luahkan nak belajar betol2 sem depan.. T.T
dan tetap pesanan yang same jugak..
rasenye, dia tahu ape yang aku nak cakap kan..
dalam doa aku sentiase ade untuk dia..
moga2, janji dia dengan aku tak pernah berubah and tak kan berubah.. amin !
doakan jugak semoge ape yang kite nak tuh terjadi jugak ye !