Tuesday 2 August 2011

kaedah bersalin dalam air??

Assalamualaikum. 

kaedah bersalin dalam air??
okay, aku agak teruja pasal nih..hahha..
bende nihh masih baru lagi di Malaysia..
mesti ramai yang dah tau kan tentang kelahiran bayi
angkasawan negara kita ni..
tapi, aku baru je tahu nihh..hahhaha..
tahniah kepada Dr. Sheikh Muszaphar dengan kelahiran bayi perempuannya..
sangat comel gituuu... 
 dah pandai kenyit mate! hahhaha..
inilah anak datuk..comel kan??suke3!! hahha..
diberi nama, Sophea Isabella..

so, ape kaitan tajuk entri nih dengan baby nih??hahha..
sebenarnye, Dr harlina, isteri kepada Dr. Sheikh Muszaphar..
telah menggunakan kaedah bersalin dalam air..
kat bawah nih gambar mase melahirkan anak pertama dia..
kaedah nih sebenarnye kurang saket dan lebih semula jadi..
dan kosnye amat la tinggi..huhu..
aku pon terfikir la..
ish..! bahayenye! takot-takot lemas pulak bayi tuh..
then, tak ke geli kalau dah bersalin nanti kolam tuh dari air jernih
tuh tukar jadi air darah..eeuuuww!!! geli2!! 
dan segala persoalan aku terjawab! ni antare yang aku dah bace..
hahha... semangat! sebab aku nak tahu sangat...hee...!

Bayi Tidak Lemas
Apabila bercakap tentang kelahiran di dalam air, ramai yang menggeleng kepala kerana membayangkan risiko bayi akan lemas di di dalam air selepas dilahirkan.
Ramai yang bertanggapan bahawa kemungkinan bayi yang dilahirkan akan lemas di dalam air. Tanggapan tersebut salah kerana bayi yang baru dilahirkan tidak akan bernafas untuk beberapa saat. Ketika itu bayi pun akan terus disambut oleh bidan atau doktor.
Bagi yang menganggap geli kerana kolam akan berlumuran darah juga perlu membetulkan tanggapan tersebut kerana darah ibu hanya akan keluar selepas uri dikeluarkan sahaja. Air di dalam kolam bersalin akan bersih sahaja dan uri ibu biasanya akan dikeluarkan oleh bidan atau doktor selepas dia keluar dari kolam.

Kelebihan
Kelahiran dalam air sebenarnya adalah salah satu alternatif tambahan bagi ibu yang tidak mahu menggunakan sebarang intervensi.
Kelebihan kelahiran dalam air memberikan ibu perasaan relaks terutama apabila berhadapan dengan kontraksi kelahiran. Apabila seorang ibu mahu bersalin, keselesaan adalah keutamaan yang perlu diberi kepada mereka.
Berdasarkan kajian, posisi bersalin yang paling baik untuk si ibu ialah dengan bertinggung.

jadi, bagi aku..
biarlah secare normal jee..
walaupon, aku tahu saket sebenarnye..
at least, aku dapat rase macam mane mak aku lahirkan aku dulu..hehe..
yang penting, nak husband aku nanti..
bersame dengan aku time bersalin tuh..hehhe..
bagi sokongan gituu.. :)


No comments:

Post a Comment